The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS21 : Sarawak United FC vs Selangor FC | Looking For The Win In Bumi Kenyalang

Oct 11, 2022 - FAS

Pasukan Selangor FC berkunjung ke Stadium Negeri menentang Sarawak United untuk perlawanan kedua terkahir Liga Super 2022 pada jam 7:30 malam ini. 

Untuk rekod, ini merupakan perlawanan rasmi ketiga di bawah kendalian Tan Cheng Hoe. Menurutnya, beliau mahu pasukan terus fokus sebagai satu pasukan.

"Saya mahukan pemain untuk fokus perlawanan demi perlawanan. Saya yakin lawan kita bukanlah mudah kerana meraka juga inginkan kedudukan terbaik untuk saingan TM Piala Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Saya berharap pasukan akan kekal konsisten dan sesiapa sahaja yang akan beraksi pada malam ini untuk fokus sebagai satu pasukan," tegas Tan Cheng Hoe.

Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Liga Super hari ini, pasukan Selangor FC masih belum dapat menurunkan Safuwan Baharudin yang masih dalam proses pemulihan akibat daripada kecederaan ‘mild traumatic brain injury’, manakala Halim Saari yang masih lagi dalam proses pemulihan penuh daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Selain itu, Gergasi Merah terpaksa melupakan khidmat Shahrel Fikri kerana beliau masih belum sihat sepenuhnya daripada demam serta Richmond Ankrah yang cedera di bahagian keting kakinya.

Selangor FC yakin pasukan akan beraksi dengan baik malam ini. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!